Muqaddimah
Sekolah Al-Faizeen telah ditubuhkan pada 1 Januari 2001. Ia merupakan sebuah Sekolah Rendah Islam Integrasi yang menyediakan programpendidikan bersepadu dengan menggabungkan kurikulum akademik KBSR dan kurikulum agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Objektif Sekolah
- Mengintegrasikan sistem pendidikan ke arah melahirkan generasi berilmu, seimbang dunia dan akhirat
- Melahirkan generasi Muslim profesional yang soleh dan projektif untuk kemajuan diri dan pembangunan negara
- Membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar melalui konsep 'khalifah'.
- Mengasuh kemahiran ICT.
- Melahirkan potensi diri pelajar untuk berkomunikasi di dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
Matlamat Sekolah
-
Matlamat pendidikan di sekolah ini adalah untuk membina insan menjadi seorang inidividu yang beriman,berilmu,berketerampilan dan berakhlak mulia sesuai dengan matlamat hidup seorang muslim untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Harapan kita, pelajar yang keluar dari sekolah ini akan mendapat tempat di kalangan masyarakat bandan dan luar bandar.
-
Mereka tahu membawa diri dan mengelak dari gejala buruk seperti samseng,lepak,maksiat, salah guna dadah dan sebagainya.Mereka dibekalkan dengan iman yang kukuh yang tak mudah dirobohkan oleh sesiapa sahaja.
-
InsyaAllah, anak-anak didik sekolah ini akan diasuh seberapa baik yang boleh dengan bekerjasama rapat antara guru-guru dan para ibu bapa.
-
Kita memupuk bakat pelajar dalam bidang kepimpinan agama seperti Imam, bilal dan kepimpinan masyarakat.Kita berharap mereka akan menjadi tokoh agama yang disegani masa depan.
|